WithOneSoul

Wednesday, April 28, 2010

My soul






Nik Fadhilah Nik Mohamed
My intan Payung
My bucuk -bucuk
I love her
I miss her
I adore her
My soul
her is my Life

PES 2010


Permainan game yang mula membuat aku ketagih, tapi asyik kalah je dengan kawan-kawan aku. siap kne kutuk caw2 punye sbb main mcm taik.. sedihnye.. tapi ako xkan mengalah.. ako akan tetap berlatih sehingga menjadi pro dan dapat mengalahkan member2 ako yang kutuk ako..

korang tunggu je kemunculan aku sebagai pemain PES 2010 yang terhebat.. wakakakaka

Bring it on !

mee bandung


Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung
untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad
Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!

baik punye ayat cover.. hahaha

English terbaik ! hahaha

Seorang pemandu yang mempunyai boss orang putih dari Amerika sedang memandu sambil bersembang dengan bossnya :

"Easy, easy come to my house.. If you come.. I cut my c**k for you"

( Senang-senang datanglah ke rumah saya, kalau awak datang saya sembeleh ayam jantan utk awak).

Tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dengan boss nya....

"Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again."

(Maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayar tak ada
bunganya lagi)


Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta
dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... sambil berkata:

"Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he is stupid don't play! Let he taste."

(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa bila dia masuk kerja, si boss
orang putihnya bertanya:

"Why didn't you come to work yesterday?"

Pemandu menjawab: "I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind."

(maaf boss, badan saya tak sedap, badan saya rasanya macam masuk an
gin) :lol:

Tuesday, April 13, 2010

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datang la sebuah kereta evo X berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawab pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo X.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo X tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo X dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evoX tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'