WithOneSoul

Wednesday, April 28, 2010

My soul






Nik Fadhilah Nik Mohamed
My intan Payung
My bucuk -bucuk
I love her
I miss her
I adore her
My soul
her is my Life

PES 2010


Permainan game yang mula membuat aku ketagih, tapi asyik kalah je dengan kawan-kawan aku. siap kne kutuk caw2 punye sbb main mcm taik.. sedihnye.. tapi ako xkan mengalah.. ako akan tetap berlatih sehingga menjadi pro dan dapat mengalahkan member2 ako yang kutuk ako..

korang tunggu je kemunculan aku sebagai pemain PES 2010 yang terhebat.. wakakakaka

Bring it on !

mee bandung


Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung
untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad
Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!

baik punye ayat cover.. hahaha

English terbaik ! hahaha

Seorang pemandu yang mempunyai boss orang putih dari Amerika sedang memandu sambil bersembang dengan bossnya :

"Easy, easy come to my house.. If you come.. I cut my c**k for you"

( Senang-senang datanglah ke rumah saya, kalau awak datang saya sembeleh ayam jantan utk awak).

Tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dengan boss nya....

"Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again."

(Maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayar tak ada
bunganya lagi)


Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta
dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... sambil berkata:

"Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he is stupid don't play! Let he taste."

(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa bila dia masuk kerja, si boss
orang putihnya bertanya:

"Why didn't you come to work yesterday?"

Pemandu menjawab: "I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind."

(maaf boss, badan saya tak sedap, badan saya rasanya macam masuk an
gin) :lol:

Tuesday, April 13, 2010

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datang la sebuah kereta evo X berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawab pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo X.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo X tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo X dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evoX tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Monday, March 8, 2010

Gambar kenangan lalu~~


faizal tahir


ako peminat setia kat mamat nie..
lagu dia n suara dia wat ako syok je dgr..
sejak kali pertama ako dgr suar dia.. trus minat gile.. smpai mmber2 + housemate pon da penat n menyampah dgr ako nyanyi lagu faizal tahir je...
lagu2 dia :


Bencinta
Smpai syurga
selamat malam
cuba

kejadian hari nie dan kemalangan paling klakar dlm idup ako

macam nie..

tgh sedap2 ako tido smpai kul 10 malam td.. tibe2 mmber ako kejutkan.. time tu tgh syok dpt mimpi best.. rasa nk ketuk je mmber ako tu tp xjadi sbb ape?
sbb ako nie baik hati.. wakakaka..
dorg kata ade brader nk jmpe ako.. ako pelik r tibe2 ade fan fanatik nk jmpe ako tgh2 malam nie.. ako pon cuak gak r takot klau2 dia nk rogol ako or ako ade wat dajal pada org laen ke.. hehehe.. ako bgn lah n g jmpe brader tu kat dpn umah sewa ako.. brader tu perkenalkan diri dia azroy.. ( sebenarnye ako xingat pon sbb tgh mamai time tu).. brader tu ade tnye nama ako.. dgn bongkak n bangganye ako bg th nama ako pada dia.. n then dia tibe2 tunjukkan ako 1 paper utk tentang nk tarik kete sbb xbyr.. ako pon tgh r nama dia kat dlm paper tu.. tgk2 bukan nama ako.. so ako da pelik r.. ako setakat motor ade r.. tu pon bayar cash(bapak ako yg bayar).. klau kete xade lah, kete control ako ade r.. tu pon da abis bayar gak.. tp tu ako pkai duit sendiri beb.. jgn jeles.. lpas tu ako tnye brader tu.. lpas ako da explain sume kat dia.. rupenye dia salah alamat umah da.. salah blok.. n then dia pon blah dgn gaya macho tp malu dia tu.. ako masuk dlm umah trus gelak besar.. wakakakaka... lpas tu ako xleh nk ido da sbb da lama sgt ako tido.. lpas tu ako lepak r tgk tb smpai kul 11.40 malam... lpas tu da bosan ako bukak lah komp n on9 fb jab.. lpas tu ako tgk ade video ako n mmber ako main golf.. mmg klakar nk mampus.. ni ako ade sediakan link utk korg tgk nnt..

http://www.facebook.com/?ref=home#!/video/video.php?v=105028509520437&ref=mf

sila lah tgk ramai2 ye.. best pecah perot punye..

n lpas ako tgk video tu.. ahmad fareez bt abd kadir kol ako dgn suara sedih n muram sbb moto dia hancur dek kne langgar dgn kete.. tp kete langgar dia tp moto dia langgar kete.. yang ajaibnye kete tu xbergerak pon, tgh dlm mood parking n moto tu xade sape yg bwk time kejadian tu..

mcm nie cite dia.. moto mmber ako nie, Nouvo S bru je siap repair dgn rm 2000 ++.. da jadi mcm moto lumba ako cube aritu.. moto tu fareez da parking elok2, dia gne lah tongkat tepi je.. sbb ingat nk jab je.. lpas tu tibe2 izzat datang n trus ambik kunci kat fareez.. lpas tu trus nk start moto fareez tu lak.. tanpa berpikir panjang n sewajarnye dia pon trus start moto smbil pusingkan trotel moto fareez sehingga maksimanye.. moto tu pon dgn bangga n pantas bergerak dgn kelajuan cahaya trus ke depan n melanggar kete yang berada di hadapan... yang p trus press smpai abis tu watpe? ye pon tgk r moto tu dlu.. da double stance ke lom.. ni maen redah je.. dalam mase xsmpai 10 saat.. si izzat tu terpakse membayar masa tu dlm harga yang amat tnggi.. yelah.. da lah kne repair moto nouvo S kepunyaan faree n kete tu.. n lupa nk bg th.. kete tu kete kenari milik abg wan (azwan).. hehehe... lpas da dgr cte dari fareez... trus ako gelak caw2 punye.. setan punye izzat.. bdk tu bru je baiki moto dia.. ko da rosak da blk.. mesti mengamuk bapak kadiak tu oi.. trus xtegur fareez tu setaun krg.. paling truk trus xmengaku anak krg.. wakakakaka.. sabar je lah fareez ye.. dugaan idup je tu.. bersabar lah banyak ye

Release tension saje ! huhu~~

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh
120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya
melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan
dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi
robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "
Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan
pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

tawaran sebelum terlambat !!

TEMUDUGA TERBUKA!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.



Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

Mari bunuh setan !! =x

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri
akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan
untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau
perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah
tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum,
sakit, pening si duda itu.
Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun
bersetuju untuk berkahwin..
Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan
oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang
agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun..
Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain....
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti
kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah
jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.
"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu
bersatu/bersetubuh kannn... abang kann... dengan cara yang betul dan
menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor syaitan".
Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang
sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..." sambil ketawa. :twisted:
Si isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri
berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum
panjang.. :P
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh
syaitan bang...".
"Tak pe... tunggula malam nanti".
Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan
banggg...".
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...
".
Si suami tiba-tiba marah dan berteriak .... "Ayang nie nak bunuh syaitan
ke
nak bunuh abang...!!!"

Futsal


sukan yang paling ako suke maen ialah futsal... ako ade menyediakan sedikit psl sukan nie..

sila lah baca dgn penuh khusyuk n selamat beramal.. wakakakakaka..


Futsal adalah varian daripada persatuan bola sepak yang dimainkan di permukaan bermain yang lebih kecil dan terutama bermain di dalam bilik. Namanya berasal dari Portugis futebol de salão dan Sepanyol Fútbol de Salón (dan coloquially Fútbol sala), yang boleh diterjemahkan sebagai "koridor sepakbola." Selama sukan kejohanan dunia kedua yang diadakan di Madrid pada tahun 1985, nama Fútbol de Salón digunakan. Sejak saat itu, semua nama-nama lain telah rasmi dan antarabangsa berubah menjadi futsal.